Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Khabar Duka, Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia Arwah terlentang di kubur Hari Ini. Al Fatihah

Khabar Duka, Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia Hari Ini. Al Fatihah
Khabar Duka, Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia Hari Ini. Al Fatihah

KUALA LUMPUR : Ibu pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad iaitu Merbyah Akhwan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 10.06 pagi tadi.

Fahrin bagaimanapun tidak memperincikan punca kematian ibu tercintanya itu.

"Bonda saya Almarhumah Merbyah Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di IJN," katanya.

Dalam masa sama, Fahrin memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

"Jenazah akan diuruskan di IJN, disolatkan di Masjdi At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota," kongsinya.

Sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Fahrin sempat memohon orang ramai mendoakan urusan ibunya dipermudahkan.

"Mohon doa semua agar urusan bonda saya dipermudah. Diampunkan segala dosa-dosanya di dunia dan akhirat," katanya. - HM Online
Sukan RTM News

Posting Komentar untuk "Khabar Duka, Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia Arwah terlentang di kubur Hari Ini. Al Fatihah"