Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Cikgu kutuk murid oku tanpa sedar Terhantar dkt grup, Nasib Bapa sempat ‘screenshot’

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Encik Fezan meluahkan rasa terkilan apabila mendapati anaknya yang OKU (autistik) seakan dipandang serong oleh guru kelasnya. Cikgu perempuan berkenaan dipercayai mengutuk murid darjah 1 tersebut bersama guru-guru lain.

Laju je delete mesej, nasib sempat screenshot

Namun entah bagaimana, dia tersalah hantar mesej negatif terbabit ke grup WhatsApp kelas 1 Jade yang turut ada ibu bapa penjaga di dalamnya. Sebelum ia dipadamkan, Encik Fezan bagaimanapun sempat menyimpan tangkap layar 5 kandungan mesej berkenaan.




Selain kata-kata berunsur mengutuk, dakwaan bahawa dia akan menyakiti murid baru yang bakal masuk ke kelas 1 Jade juga turut menimbulkan kegusaran.

Anak saya OKU…Perlu urus itu ini, semua kena sedia…Pasal tu dia tak sabar anak saya keluar

Jelas Encik Fezan, dia percaya guru berkenaan bersikap sebegitu kerana perlu menguruskan anaknya yang berkebutuan khas. Justeru, pihaknya sudah memfailkan laporan kepada pihak berautoriti dan berharap tindakan wajar diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Posting Komentar untuk "Cikgu kutuk murid oku tanpa sedar Terhantar dkt grup, Nasib Bapa sempat ‘screenshot’"