Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Takziah - Pelakon Dan Penyanyi Veteran Terkenal Berpulang Kerahmatullah Pagi Ini... Al-fatihah

Takziah - Pelakon Dan Penyanyi Veteran Terkenal Berpulang Kerahmatullah Pagi Ini... Al-fatihah



KUALA LUMPUR: Berita pemergiannya disahkan oleh anak tunggalnya, Sherina Othman, 48, ketika dihubungi BH Online.

Sherina berkata, arwah pergi dalam keadaan tenang di hadapannya, anak dan jiran.



perubahan wajah arwah pada malam Khamis lalu.

“Saya membawa pulang pulut hitam selepas pulang kerja. Apabila masuk rumah, arwah sedang tidur.

“Saya perasan wajah arwah sangat berbeza. Dalam hati terdetik kenapa muka mummy sangat berbeza, tetapi saya hanya mendiamkan diri.

“Saya dan anak berulang kali bertanya sama ada mahu makan pulut hitam, tetapi arwah tidak menjawab. Akhirnya, arwah cakap tidak mahu makan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mimi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, pagi ini.

Terdahulu pelakon filem Ahmad Albab itu sudah sekian lama berada dalam keadaan uzur.

Beliau mengalami masalah penglihatan, darah tinggi, tidak mampu berjalan dan sakit belakang selepas terjatuh di rumahnya dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, tahun lalu.

Disebabkan terjatuh, tulang pinggul arwah Mimi patah dan melakukan pembedahan, namun sukar untuk berjalan.

Allahyarham Mimi atau nama sebenarnya, Siti Aminah Ismail adalah adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail.

Beliau aktif berlakon dan menyanyi pada era 1960-an dan pernah membintangi filem Ahmad Albab pada 1968. Allahyarham meninggalkan seorang cahaya mata dan tiga cucu.

Posting Komentar untuk "Takziah - Pelakon Dan Penyanyi Veteran Terkenal Berpulang Kerahmatullah Pagi Ini... Al-fatihah"